Friday, October 17, 2008

miNYAk oh MINYAk..



Harga minyak turun lagi
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.
Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu."Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.
emm.. Gua sebagai RAkyat malaysia..suka gak dengar minyak turun lagi..hope dapat la ..turun sampai RM 1.90 mcm dulu BAlik..wah!!dapat ke?emm.tapi tak musTAHIL..nak2 plak keje cam Gua nie..hari2 nak kena tuang..huk3.. skang nie pun costing Gua SEHAri je dah dekat RM 100.00..so..kurang SKIt le beban Gua nie.lu orang bayangkan la..gua NIe keje memang kena pakai keta..sekali isi je RM50.00..campur ngan makan,minum,TOL? dah baper..KL lagi le..LU gerak skit je dah lalu tol..ade tempat2 tak sampai 1 kilo dah ade tol lagi..em..takan gua nak layan motor plak..berpeluh2 nak jumpe client..ikut hati memang nak layan moto je..tapi tape la ..korban skit demi kerja..hope berkat gak keje yg gua buat nie..em..mals plak nak bebel panjang..SALAm...

No comments: